Khamis, 4 Oktober 2012

Tenggiri Jeruk







Ikan jeruk?. Wooo....sedapnya, lagi2 jeruk ikan tenggiri!!!!. Biasanya saya makan, ikan ni goreng saja je...kalau rajin sikit perahkan limau sambal. Tapi saya jumpa resepi ni lain sikit.....lagi sedap, lagi meletop!!!. Resepi ni dari Norzailina Nordin (majalah Jelita 2007). Sapa tak kenal dia.....masakan dia mmng power!!!
Saya ubah resepi ni ikut apa yg ada kat rumah dan ikan jeruk saya guna ni kecik2 (dalam botol). Sos salsa nenas dan sos plam tak de...saya bantai air limau yg dlm botol tu je.   Sedap gak!!!!. Saya share di sini ye....



TENGGIRI JERUK
Sumber : Majalah Jelita 2007


Bahannya:
150gm jeruk temggiri ( saya guna 3 keping yg kecik2)
minyak untuk menggoreng
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji limau kasturi, diperah (saya tak letak)
100ml air
1 biji lada merah (dihiris) 
1biji lada hijau (saya tambah)
2 biji cili padi (saya tambah)
sedikit gula (saya tak letak)

Bahan sos:
3 sb sos salsa nanas (tak de)
2 sb sos plam (tak de)
2sb sos cili (saya letak 3sb)
2sb sos tomato (saya ganti dgn tomato didadu)
bawang putih
* sos yg tak de...saya gantikan dgn air limau dlm botol

Caranya:
1. Goreng tenggiri hingga garing. Ketepikan.
2. Goreng bawang putih dan bawang besar hingga wangi. 
3. Masukkan semua bahan sos . Bila dah mendidih masukkan lada hiris, kacau rata.
4. Dah pekat , tuang atas ikan.
5. Makan dengan nasi putih panas2....perghhhh sedap!!!!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan