Rabu, 10 Oktober 2012

Kek Coklat Puding Karamel


Assalamualaikum......selamat tengahari. Masak apa hari ni?. Hari ni saya masak bubur ayam je sbb mlm nk keluar. Memandangkan hr ni tak sibuk memasak, saya pun apa lagi.......bukak langkah nak menerai kek ni. Sebelum ni terliur tengok kat blog lain yg dh menayang kek coklat karamel masing2. Hari ni rasa puas sangat dapat membuatnya sendiri. Tapi saya buat versi kukus.....elok je kejadiannya. Cuma, lain kali nk guna loyang empat segi pulak(8 x 8). Yang ni saya guna loyang bulat (8x8), nampak meninggi @ terlalu tinggi pulak. Apa2 pun.....cun gak (puji sendiri huhuhu!!!!). Ok, jom intai macam mana agaknya resepi saya ni......


KEK COKLAT PUDING KARAMEL

Bahan puding karamel:

3sb gula pasir
3sb air
*masak gula dgn 1sb air dalam loyang. Bila dah hancur dan mula keperangan, tambah air lagi dan biar pekat.Ketepikan.

1/2 tin susu cair
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
4 biji telur(dipukul halus guna whisk)
vanilla
pewarna kuning

Caranya:
Panaskan kukusan.
Gula dan air diblender hingga hancur. Tuang dlm bekas, campurkan telur, susu cair, vanilla dan pewarna. Kemudian tapis. Masukan adunan kedalam loyang karamel tadi....kukus dalam 20 minit.



Bahan kek coklat:
sumber: Myresepi.com

1 cawan gula perang
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko 
1/2 cawan susu pekat manis
11/4 cawan tepung gandum
1st b.powder
1st b.soda 
3biji telur(pukul hingga kembang)
1st perasa kopi(jika suka)

Caranya:
!. Tepung diayak bersama b.powder n b.soda, ketepikan.
2. Dalam periuk, masukkan semua bahan kecuali tepung dan telur. Kacau atas api yg kecil hingga sebati dan mendidi . Angkat.
3. Campurkan telur, kacau sebati.(guna whisk je)
4. Masukkan pula tepung, kacau sampai sebati.
5. Tuang adunan atas puding karamel yg dalam kukusan tadi, kukus selama 1 jam. Ataupun, bila cucuk ngan lidi dah bersih atau licin je lidi tu.
6. Tunggu betul2 sejuk baru diterbalikkan atau keluarkan dari loyang.


SELAMAT MENCUBA







4 ulasan:

  1. emmm ok je kak nampak kejadiannya...janji sedapp...

    BalasPadam
  2. hahaha....memang sedap. Sapa2 yg lom cuba, leh cuba.....bakar vs kukus...

    BalasPadam
  3. As'salam Uda,

    lama dah intai2 resipi ni tp belum ada kesempatan nak mencuba :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam.....buatlah kak ct....memang tunggu2 'persembahan terkini' dari kak ct, yg selalunya memang 'menggoda'....hahaha

      Padam